Friday, September 13, 2013

Warga Emas Mati Semasa Berasmara


Muar: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di sini, semalam.

Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi.


Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama.

Katanya, sekitar jam 10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk bertemu seorang wanita.


“Bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita terbabit.


“Wanita terbabit yang panik segera memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan.


Difahamkan, lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit.


“Mangsa disahkan mati di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.


“Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - hmetro
-------
Nauzubillah kalau mati macam ini...kalau make love dengan suami atau bini yang sah itukan ibadah, tapi kalau mati dalam berzina...macamanalah kita nak mengucap dan sebut nama Allah tatkala kali kita menghembuskan nafas yang terakhir...sebab kalau kita sedang berzina ada ke teringat pada Allah...semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik dan diterima Allah amin

Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

Mesin Kecantikan
Buat Sendiri Rawatan Facial Yang Bernilai ratusan ringgi di rumah,
Buat apa bazirkan duit di salon kecantikan, sedangkan anda boleh buat sendiri di rumah dengan mesin wap panas yang dan photon ultrasonic yang terkini di pasaran dunia

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas