Tuesday, September 17, 2013

Suami tegur Liyana



Liyana Jasmay
Sikapnya yang gemar berceloteh pasti membuatkan mereka yang hendak mengenalinya rasa kurang selesa. Apatah lagi intonasi suaranya kedengaran bagai seorang diva yang angkuh bagi mereka yang tidak pernah mendekati aktres ini. 

Hakikatnya, itulah sikap sebenar Liyana Jasmay atau mesra disapa Nana sejak zaman bujang lagi. Namun, selepas bergelar isteri orang, cara percakapannya sering ditegur suami, Fathuddin Mazlan, 29. 
Mengakui gemar berceloteh sehingga sukar mengawal perbualan, aktres berusia 25 tahun ini mula belajar mengawal tingkah laku itu supaya tidak dilihat keter laluan. 

“Sejak berkahwin, saya banyak berubah. Ini kerana ada orang menegur. Suami banyak beri nasihat supaya mengawal percakapan, saya ini memang jenis banyak bercakap. 

“Dulu, saya tak boleh terima apa yang orang cakap pasal saya. Tetapi selepas berkahwin, saya sudah boleh menerima terutama teguran suami. Dia adalah anugerah yang sangat bermakna kerana sering menyokong saya,” katanya. 

Bukan saja tutur bicaranya, malah sikapnya yang sering muat naik gambar ‘nakal’ di laman sosial Instagram juga ditegur Fathuddin. 

Menyedari dirinya sudah dimiliki, Liyana berusaha mematangkan diri dan mahu menjaga nama baik suami. 
“Emak saya selalu berpesan, kita kena saling menyokong antara satu sama lain. Selain emak dan bapa, saya kena belajar terima orang lain dalam diri saya. 

“Suami saya sangat baik dan merendah diri. Kalau saya muat naik gambar ‘nakal’, dia akan tegur. Dia banyak mengubah diri saya dan sangat cool, tetapi dia suka mengusik saya,” katanya yang tidak merancang dalam memiliki cahaya mata. 

Elak tempoh penggambaran panjang 

Masih terlalu awal memikirkan soal anak dengan usia perkahwinan baru mencecah enam bulan, Liyana menerima rezeki yang diberi jika sudah ditentukan. 

Mahu menumpukan perhatian kepada lakonan, Liyana yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 36 episod berjudul Sahabat di GSC The Gardens, baru-baru ini, mengaku bukan saja memilih watak, malah melihat jadual dan tempoh penggambaran. 

“Sebenarnya, saya sudah lama tak buat drama episod. Ini kerana masa penggambaran yang panjang dengan status saya sebagai isteri orang. Saya terima drama ini sebab saya tak banyak buat watak seperti ini dalam filem dan kerana abang Rosyam Nor. 

“Saya kerja ikut suka hati. Kalau penggambaran 10 hari, saya kena diberi cuti empat hari atau saya ambil cuti sendiri. Watak saya dalam drama ini sebagai Haneez, anak orang kaya, tetapi kesepian kerana tidak ada orang hendak berkawan dengan sikapnya yang suka bergaya dan bermegah. 

“Kali terakhir saya bawa watak sebegini dalam drama 3 Janji,” katanya. 

Selain drama, Liyana juga akan muncul dengan filem Papadom 2, Disember depan serta filem Tokan, Isyarat Cinta dan Sindiket, tahun depan. 

Selain berlakon dan menguruskan rumah tangga, Liyana turut memberi tumpuan kepada syarikat produksinya, Mermaid Studios yang menerbitkan telefilem pertama berjudul, Tudung Tweet. bharian


-----------
sekali pandang suami liyana ni memang nampak lelaki yang baik-baik dan beragama...memang sepatutnya lelaki kena bimbing isteri dan berikan teguran secara berhikmah bukan dengan cara yang kasar atau perli yang menyakitkan....
Semoga perkahwinan ini berkekalan abadi amin....

Sinar Jahitan
Sale jubah, maxi, blouse, belt dan handbag

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas