Thursday, September 19, 2013

Che Ta Sentiasa Slim


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan.
Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.
Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan.
Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.
"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya. - mstar

------
Kalau cantik dan punyai bentuk tubuh yang cantik, pakai apa pun nampak cantik...seperti che ta...memanglah cantik dan menawan tak hairanlah walaupun usia sudah cecah 4 series masih lagi nampak macam 30an ada orang umur ja 30an tapi masyallah...dah nampak macam 50an..sebab tak jaga penampilan diri ...sama-samalah kita beringat untuk jaga kesihatan kita jaga pemakanan kita.


Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas



Jom Sauna!

Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, selain membakar lemak, dapat melembutkan kulit dan berbau harum


Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas