Friday, September 20, 2013

Pemandu Lori Menyamar Jadi Dato Seri Tipu Orang Ramai RM7.3 Juta

Georgetown: Kerjanya hanya pemandu lori tetapi taktik liciknya menggunakan gelaran palsu 'Datuk Seri', berjaya memperdayakan 13 individu sekali gus melakukan penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM7.3 juta.

Tindakan lelaki berusia 49 tahun itu terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (IPDSPU), melakukan serbuan di sebuah pangsapuri mewah di Kampung Gajah, Butterworth, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan kira-kira jam 10.20 malam itu adalah hasil risikan dan pemantauan sebulan dengan pihaknya berjaya membongkar sindiket penipuan itu selepas menahan dua lelaki berusia 34 dan 49 tahun serta seorang wanita berusia 42 tahun dipercayai isteri suspek.

Selain itu, katanya, dua wanita warga Indonesia berusia 24 dan 42 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah turut ditahan.


Katanya, modus operandi kumpulan itu sangat licik apabila suspek menyamar sebagai Datuk Seri dan isterinya, Datin Seri yang didakwa diperoleh daripada Sultan Johor sekali gus memperdayakan mangsa dengan dakwaan mempunyai pelbagai projek perumahan termasuk 100 unit di Taman Setia Bukit Jambul, dekat sini, dan Australia.


"Mereka turut mengaku memiliki dana bernilai RM6.9 bilion yang diperoleh dari Australia selain mengaku mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor.

"Mereka juga menyamar pegawai bank dan peguam yang bertauliah," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis merampas RM361,000 tunai, tujuh keping cek bernilai RM7,500, empat kotak barang kemas, empat kalung emas dan tiga rantai emas bernilai RM200,000. - hmetro
-------------------
Aku tak faham...orang ramai senang sangat terpedaya dengan duit...ye...kalau ada orang yang dapat bagi kaya cepat jangalah pecaya...semuanya kaki kelentong...
Tiada jalan pintas nak kaya raya, semuanya kena usaha dan rajin...ini ramai plak yang nak melabor dengan bermodalkan air liur je..saya rasa pemandu lori ni mesti tak ada dokumen ...semua nya percaya mulut jer...kesian betul ...yang kena selalunya orang melayu...
semoga kes ini memberikan kesedaran pada diri kita, tak ada jalan pintas nak dapat duit banyak, kalau dah penat menyimpan apa salahnya bersedekah, Allah akan lipat gandakan pahala orang yang bersedekah...



Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas
Jom Sauna!

Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender...Gerenti Panas sehingga terasa lemak terbakar
 selain membakar lemak, dapat melembutkan kulit dan berbau harum


Kuruskan Badan Dengan Pantas

1 comment:

  1. sapa suruh pecaya? #sekarang ramao penipu

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas