Saturday, September 28, 2013

Kes Isteri Mat Yo Hingga Ke Mahkamah

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”
Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.
Foto
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.



----------------------------

Ramai orang marah pada bini mat yo ni...sebab cakap tak makan saman...sampai masuk surat khabar muka depan lagi tu..kita sebagai manusia memanglah tak sempurna. Isteri mat yo pun dah minta maaf pada seluruh rakyat malaysia dan akan selesaikan kes ini di mahkamah..Kita tunggu pula apa citer di mahkamah ini. Walaupun nampak ringan ada kes ini tak seperti kes jenayah yang berat tapi ia melibatkan hati dan perasaan orang ramai yang tersentuh dengan akhlak seorang isteri kepada orang yang lebih tua. Sama-samalah kita ambil iktibar


Mesin Kecantikan

Buat apa belanja mahal-mahal di salon, lebih baik buat sendiri lebih jimat dan menggunakan tekno paling terkini dan pantas dalam Memutihkan, Menggebukan dan Mengurankan Kedutan Kulit 

Sinar Jahitan

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

1 comment:

  1. tak patut buat kat org tua camtu...

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas