Friday, September 20, 2013

Kertas Siasatan Adi Putra Siap Kata Polis


Johor Bahru: Kertas siasatan kes membabitkan pelakon popular tanah air kelahiran Singapura, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, atau Adi Putra yang dikaitkan dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang berusia 30 tahun akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, semua keterangan dan bahan bukti terutama hasil siasatan ke atas telefon bimbit milik Adi Putra serta wanita terbabit sudah lengkap.


“Kami sudah menyiapkan kertas siasatan selepas menerima laporan penuh daripada makmal forensik berkaitan telefon bimbit milik kedua-duanya.

“Kami akan menghantar kertas siasatan berkenaan ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat dan selepas itu, barulah diketahui sama ada dia (Adi Putra) boleh didakwa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya, semalam.


Menurut Ruslan, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.


Adi Putra sebelum ini didakwa menghantar gambar lucah kepada isteri seorang ahli perniagaan, selain berbalas mesej dengan wanita terbabit melalui aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (Whatsapp) sejak Julai sehingga Ogos lalu.
-----
Kes ini dah jadi kes polis, walaupun kes camni dah terlalu banyak berlaku di masyarakat biasa, laki orang kacau bini orang, bukan setakat whatsapp je...sampai ada yang dah masuk hotel lagi tu...semua orang ada buat salah, dan semua kesalahan kita akan diampunakan oleh Allah sebelum nafas kita ditarik. Jadi perbanyakkan istiqfar..



Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas