Monday, September 30, 2013

Kate Isteri Prince William murung selepas lahir anak

Kate murung selepas lahir anak Gambar fail menunjukkan Kate dan Putera William memperkenalkan anak mereka kepada umum pada 23 Julai lalu.
London: Isteri pewaris takhta England Putera William, Kate Middleton mengalami kemurungan selepas melahirkan anaknya Putera George dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, kata majalah Globe. 
Sumber yang dipetik majalah itu melaporkan, kemurungan yang dihadapi Kate menyebabkan pasangan diraja itu menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh setahun. Keluarga beri sokongan 

“Kate kini di dalam keadaan yang amat sukar, tetapi suami dan keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan,” kata majalah itu. 
Sebagai langkah mengurangkan tekanan yang dihadapi pasangan itu merancang untuk membawa anak mereka mengelilingi dunia. 
Terbaru, mereka sudah mengemukakan permohonan untuk membuat pasport bagi George untuk melakukan perjalanan itu. 
“Kami juga dimaklumkan bahawa Ratu Elizabeth perlu memberi kebenaran khas kepada mereka untuk terbang di dalam pesawat yang sama. Protokol diraja sebelum ini melarang pewaris takhta dan pewaris seterusnya daripada terbang bersama,” kata majalah itu lagi. Laporan menyatakan bahawa ketika Ratu Elizabeth berusia lapan bulan, ibu dan bapanya melakukan lawatan Komanwel ke Fiji, New Zealand dan Australia selama enam bulan. Mereka terpaksa meninggalkan Elizabeth di London. 
Kemurungan selepas bersalin anak atau postpartum depression (PPD) adalah masalah yang biasanya dialami antara lima hingga 25 peratus wanita yang baru melahirkan anak. 
Antara tanda PPD termasuk perasaan sedih tanpa sebab, menangis, rasa letih dan mudah marah. Punca sebenar PPD belum begitu difahami ahli perubatan dan saintis. - AGENSI---------------------------------------------Biasalah perempuan yang dah melahirkan anak memang ada yang jadi meroyan, puncanya banyak sebab, antaranya rasa tidak selamat dan dibanyangi rasa rendah diri, tatkala itu syaitan akan membisik untuk melakukan perbuatan yang tidak patut dilakukan, ada juga yang bunuh anak dan sebagainya, moga-moga kita tak termasuk di golongan ini...Sebagai orang islam ubatnya sentiasa bertadarus mengaji dan mendengar ayat-ayat al quran. 

Hot and Cold Hammer
Ingin Miliki Wajah Yang Runcing? Risau Dengan Wajah Yang Tembam?

Alat hot and cold ini boleh membantu...
Tuamkan di wajah anda sentiasa wajah akan lebih runcing

Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Bulu baru tumbuh lebih lambat dan halus dan lembut. 
Wax dari bahan semulajadi madu dan green tea


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas