Thursday, September 19, 2013

Jika Tak Jumpa Jodoh, Anuar Zain Rancang Tinggal Di Rumah Orang Tua

Sehingga hari ini, pasti ramai peminat yang ingin tahu bilakah penyanyi popular Anuar Zain bakal bertemu jodoh dan dalam temubual bersama media baru baru ini pun soalan berkaitan teman hidup ini tidak boleh lari dari diajukan.



Memasuki usia 43 tahun kini, Anuar Zain mengulangi pendirian beliau bahawa ianya bukan satu perkara yang membimbangkan kerana jodoh pertuam itu semuanya urusan Tuhan.
“Belum sampai jodoh lagi. Saya tidak boleh bertanya kepada Dia (Allah) bila jodoh saya akan tiba. Apa-pun saya serahkan kepada-Nya,” ujarnya seperti di’laporkan Murai hari ini.
“Lagipun buat masa sekarang saya masih belum bertemu dengan mana-mana kenalan wanita. Saya tidak bimbang kerana itu semua urusan daripada-Nya”
Menariknya, Anuar Zain mempunyai rancangan sendiri jika tidak bertemu jodoh sehingga hari tuanya — tinggal di rumah jagaan orang orang tua kerana merasakan akan mendapat penjagaan rapi dari orang sepatutnya.
“Saya sudah bersedia jika ditakdirkan saya masih belum berkahwin dan menimang cahaya mata di usia yang lanjut. Malah saya sudah merancang untuk tinggal di pusat penjagaan rumah orang tua kerana di situ kita boleh dijaga rapi oleh orang yang sepatutnya”
“Pada saya tidak salah jika orang tua dibawa ke rumah penjagaan rumah orang-orang tua kerana banyak pusat-pusat penjagaan orang tua yang bagus dan selesa serta sesuai untuk usia begitu”
Anuar Zain turut berkata walaupun menjalani kehidupan bujang ketika ini, beliau merasa bahagia hidup bersama keluarganya selain mempunyai bilangan anak buah yang ramai. Good for you! - rotikaya

-------------------------
Walauapa pun situasa, bujang atau dah berkahwin kita kena sentiasa banyak bersyukur dengan segala kurniaan Allah, dan hadapi segala dugaan hidup dengan rasa redha dan bahagia....
Walaupun tak ada bini, dia memanglah loaded dengan cash $$$$ dia boleh buat apa saja pergi mana saja dia nak tampa ada rasa komitmen tuk bawa anak bini macam orang lain...sesetengah lelaki yang berada dan sukses kalau dah capai umur camni...memanglah susah nak kawin...kareer adalah lebih penting ....
Kita hormati keputusan orang lain...lagipun nikah bukannya wajib, tapi sunnah rasulullah saw

Mesin Kecantikan


Memutihkan, Menggebukan dan Mengurangkan Kedutan Kulit Dengan Pantas

Sinar Jahitan

Sinar Jahitan

Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas