Monday, September 30, 2013

Bapa Hempas Anak Sebab Anak Kacau Download Game



Gombak: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan. 
Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang. 

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.


Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.


Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan. 

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit. 

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya. 

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan. 

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - hmetro

-------------------------------------------------------

Apa punya bapak sanggup buat kat anak camtu..dah la anak sorang je..umur pun dah 40 tahun masih lagi gile game ke? Budak-budak memangla pantang nampak tablet nak main game, itu pun masih lagi tak faham...kalau anak dah kacau download, boleh download lagi...tak payah nak belasah anak bini.
Harap pihak polis segera ambil tindakan pada bapak yang tak bertanggungjawap ni..biarkan dia masuk penjara, duduklah kat situ baru dia tahu camne tak ada internet, facebook tak ada, game lagi la tak ada...sorang-sorang je...lepastu kena belasah dan buli dari rakan sepenjara yang senior. 
Baru la dia nak sedar agaknya...
----------------------------------------------------------


Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

1 comment:

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas