Saturday, September 28, 2013

8 Kanak-Kanak Lelaki Rogol Budak 12 Tahun




Hulu Selangor: Umur mereka baru berusia 14 tahun, namun sudah berani merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun yang juga kenalan mereka.
Dalam kejadian 19 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak hadir ke sekolah kerana difahamkan sudah selesai menjalani peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut sumber, pada hari berkenaan, mangsa pergi ke rumah rakannya di Sungai Buaya sehingga lewat petang. “Takut untuk pulang ke rumah, dia tidur di sebuah surau di kawasan perumahan berkenaan.


“Pada keesokan harinya, mangsa mendapati terdapat lapan kanak-kanak lelaki yang juga kenalannya sedang berkumpul berdekatan surau berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian menghampiri mereka sebelum diajak pergi ke sebuah rumah kosong. “Ketika berada di dalam rumah berkenaan, seorang daripada kanak-kanak terbabit menutup mata mangsa menggunakan bajunya.


“Manakala dua lagi kanak-kanak membuka bajunya sebelum bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir,” katanya.



Berikutan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama. Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, polis menahan lapan kanak-kanak lelaki termasuk enam berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut.

“Semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.


“Mangsa juga dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat koyakan baru pada kemaluan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin mengesahkan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. hmetro
-----------------------
Sekarang ni zaman kanak-kanak membesar dengan life mereka sendiri...mak bapa sibuk pergi kerja pagi-pagi buta, malam baru balik..anak dibiarkan dengan didikan cara mereka sendiri. Bagaimana mereka belajar? siapa yang selalu ajar mereka...ya ... youtube, facebook, instagram, twitter yang ajar mereka tentang kehidupan...paling banyak pengaruh adalah video. Kita pun tak boleh halang orang yang upload video yang lucah-lucah di seluruh dunia buat. Kita pun tak boleh nak halang anak dari tengok youtube di bilik mereka masing-masing tat kala mereka sendirian..
Saya tak salahkan 100% pada budak2 remaja ni..inilah hasil jadinya...kebanyakan kes jenayah ni orang melayu pulak tu... Budak remaja yang tak dapat perhatian akan selalu terikut dengan kawan-kawan...jadi sama-samalah kita sebagai ibubapa menasihati dan tekankan akhlak dari matlamat akedemik semata-mata. Sapa2 ada anak perempuan kenalah sentiasa berjaga-jaga. 
---------------------------

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

2 comments:

  1. zaman sekarang org nak keja duit je...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah....mtk di jauhkan anak2 dari anasir yang tak elok...memang zaman teknologi canggih sekrg agak mencabar utk membesar dan mendidik anak2....dgn adanya telefon pintar dan pelbagai alat telekomunikasi..semua ada kat dlm tu...yg paling ptg adalah didikan agama seawal usia, kawal aktiviti anak2, jadi kawan pada anak2 & yg teramat penting doa mak ayah...

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas