Tuesday, August 13, 2013

Zaman Cyber Ramai Orang Hantar Kad Raya Kreatif

KREATIVITI pengirim dapat dilihat melalui sampul pelbagai warna dan corak yang digunakan.


DALAM pada orang ramai memilih untuk menghantar ucapan raya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kad elektronik mahupun rangkaian sosial, terdapat segelintir individu yang selesa mengamalkan cara tradisional dengan menghantar kad raya melalui perkhidmatan pos.
Tentu sekali menghantar atau menerima kad raya menyuntik pengalaman yang indah. Penerima bukan saja berpeluang memegang dan membaca bait-bait ucapan malah kad raya tersebut boleh disimpan sebagai kenang memandangkan ia sarat dengan sentuhan peribadi.
“Seperti yang kita sedia maklum, koleksi kad raya boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Lagipun apabila membaca kad-kad lama secara automatik kita akan teringat kepada mereka mengutuskan kad tersebut.
“Bertambah istimewa, kehadiran kad raya dapat menyerikan hiasan rumah dengan menggantungnya di dinding dan sudut-sudut pilihan,” jelas Siti Noor Hajar Zamzamin, 30, dari Shah Alam, Selangor.
Menurut Siti, sepanjang tiga tahun bertugas di Unit Kad Perayaan di Pusat Mel Nasional, Seksyen 21, Shah Alam, dia berasa teruja melihat himpunan kad raya yang direka sendiri oleh pengirim.
“Kreativiti mereka dapat dilihat menerusi sampul yang pelbagai warna dan corak. Rekaan yang dihasilkan sangat menarik. Saya pasti penerima lebih menghargai dan tersenyum tatkala menerima kad raya seumpama itu,” ujarnya kepada Kosmo!.
Siti yang sudah 12 tahun bertugas bersama Pos Malaysia menyatakan, tanggungjawabnya semakin bertambah pada hari-hari terakhir sebelum hari raya. Ini disebabkan terlalu banyak kad raya perlu diedarkan.
Sementara itu, rakan setugas Siti, Mohd. Nazrin Abdul Rahman, 29, berkata, sejak tiga tahun lalu, jumlah kad yang diproses hampir sama.
“Mungkin lima hingga 10 tahun lepas, lebih banyak kad yang dihantar memandangkan pada tempoh berkenaan kiriman kad raya antara perkara wajib pada musim perayaan,” jelas Nazrin.
Pusat Mel Nasional tersebut menjangkakan sebanyak 3.8 juta kad Hari Raya Aidilfitri dihantar pada tahun ini.
KAD-KAD diatur kemas mengikut kawasan penghantaran.


Berkurangan
Menurut Timbalan Naib Presiden Operasi Penyelesaian Komunikasi dan Edarannya, Boney Antika Baharim, penghantaran kad raya sejak tiga tahun lalu jelas menunjukkan corak yang sama dan ia menjadi rujukan sasaran tahun ini.
Pada tahun 2012, pengeposan kad raya adalah sebanyak 3.9 juta iaitu meningkat 0.05 peratus berbanding tahun 2011. Walau bagaimanapun, pengeposan kad raya pada tahun 2012 telah berkurangan sebanyak 25 peratus iaitu 1.2 juta berbanding 5.1 juta pada tahun 2010.
Penurunan jumlah penghantaran kad disebabkan pelbagai faktor khususnya kehadiran teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggih.
Namun situasi berkenaan sedikit pun tidak menjejaskan operasi Pos Malaysia. Sebaliknya saban tahun mereka sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang konsisten.
Inisiatif itu perlu dilaksanakan bagi memastikan kad-kad yang dihantar oleh orang ramai diproses dan dihantar tepat pada masanya.
“Seperti tahun-tahun terdahulu, pada kali ini kami turut menggunakan khidmat pekerja kasual atau pekerja sementara untuk urusan pemprosesan kad perayaan.
“Seramai 35 orang pekerja kasual diambil dan mereka mula bertugas sejak 3 Julai lalu hingga 16 Ogos ini,” jelas Boney.
Beliau memaklumkan, selain daripada orang perseorangan, kad-kad raya yang diproses juga dihantar syarikat korporat.
Dalam pada itu, Pos Malaysia juga memperkenalkan poskad hari raya yang dijual pada harga RM3 bagi paket yang mengandungi lapan keping kad.
Ini merupakan inisiatif terbaharu Pos Malaysia dalam menggalakkan orang ramai menghantar ucapan raya secara tradisional.
“Kelebihan poskad ia tidak memerlukan setem. Pengguna hanya perlu membelinya di pejabat pos dan terus kirimkan kepada sahabat, kenalan mahupun saudara-mara mereka,” jelas Boney.
Sementara itu, Ketua Pusat Mel Nasional, Syed Zulnurin Syed Loed berkata, setakat ini Pos Malaysia telah menghantar 2.5 juta kad dan selebihnya akan diproses secara agresif. Ini termasuk menambah waktu kerja atau kerja lebih masa bagi pekerja kasual yang sedia ada.
“Di seluruh negara, terdapat kira-kira 108 pekerja kasual yang diambil untuk memproses kad raya,” ujarnya.
Pada tahun ini Pos Malaysia menyediakan promosi kadar bayaran kad raya dengan menetapkan 50 setem bagi setiap kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram. Promosi tersebut berlangsung dari 8 Julai hingga 16 Ogos ini.
Bagi penghantaran ke luar negara pula, Pos Malaysia menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus daripada kadar biasa.
---
Tak sangka zaman cyber ni masih ramai lagi yang guna kad raya...tapi Feredea tak dapat apa-apa kad raya dari mana-mana ... hehehehe... sebab tak pernah nak guna khidmat kad raya

-


Rasai Kuasa Tenaga Warna

Photon Ultrasonic Alat Kecantikan Wajah Terkini dan Terlaris Di Jepun, Mengebukan, Memutihkan dan Membunuh jerawat dan Mengurangkan Kedutan dengan pantas dan alat wap sejuk panas memecahkan partikel air ke tahap ion yang paling kecil. 
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 
-------------------------------------------------------------



Tawaran Hebat




Blouse, Dress dan Kurung Moden
Lagi Banyak koleksi d http://sinarjahitan.blogspot.com
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 


----------------------------
Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Khidmat Catering, Cake, Coklat and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or sms 013 308 4906


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas