Sunday, August 11, 2013

Sepasang Kekasih Kepala bercerai badan


Melaka: Sepasang lelaki dan perempuan yang dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan hanya kepala tergantung manakala bahagian badan dari bahu hingga kaki di atas lantai di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang, Tiang Dua, di sini, semalam.
Difahamkan, kedua-dua mayat dipercayai warga asing ditemui pekerja estet berusia 30-an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah itu, jam 9.30 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai membunuh diri.
“Kedua-duanya dipercayai menggunakan kerusi plastik untuk memanjat sebelum menggantung diri dengan tali nilon.

“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mati antara tiga minggu hingga sebulan lalu, menyebabkan kepala mangsa masih terikat di tali, manakala badan terputus dan terjatuh di atas lantai akibat reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui lengkap berpakaian.
Katanya, siasatan awal juga mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi dan pihaknya percaya pasangan berkenaan membunuh diri.

“Mayat perempuan berambut panjang ditemui lengkap berpakaian jaket berwarna ungu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam selain memakai seluar dalam coklat muda, manakala lelaki berbaju T berkolar, berseluar panjang dan berkasut hitam.“Kedua-duanya dipercayai warga asing kerana selain tiada dokumen pengenalan diri, semakan mendapati tiada laporan orang hilang di laporkan di kawasan ini.

“Dipercayai mangsa membunuh diri dengan menggantung tali pada kayu yang diletakkan di atas kerangka rumah,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, pemilik rumah itu Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat selepas dihubungi polis, jam 12.30 tengah hari.

“Rumah ini ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana kerap dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya terpencil dan jauh daripada jiran.

“Kali terakhir saya ke sini lima tahun lalu dan sejak itu rumah ini terbiar sehingga semua barangan di dalamnya, termasuk bumbung dan pagar, dicuri,” katanya. - hmetro


Rasai Kuasa Tenaga Warna

Photon Ultrasonic Alat Kecantikan Wajah Terkini dan Terlaris Di Jepun, Mengebukan, Memutihkan dan Membunuh jerawat dan Mengurangkan Kedutan dengan pantas dan alat wap sejuk panas memecahkan partikel air ke tahap ion yang paling kecil. 
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 
-------------------------------------------------------------



Tawaran Hebat



Blouse, Dress dan Kurung Moden
Lagi Banyak koleksi d http://sinarjahitan.blogspot.com
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 


----------------------------
Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Khidmat Catering, Cake, Coklat and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh

Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or sms 013 308 4906

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas