Monday, August 19, 2013

Mengapa Haliza Misbun anggap kahwin bosan

LAMA tidak muncul di semua saluran media, kelibat pelakon Haliza Misbun di majlis Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mencuri perhatian.
Ini kerana, pelakon filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami itu masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun.
Terlanjur bertemu dengannya, persoalan sama ada dia sudah memiliki teman lelaki atau sudah berumah tangga berlegar di benak fikiran pihak Kosmo!.
Menjawab pertanyaan yang dilantunkan kepadanya, ternyata Haliza tidak berselindung.
Katanya: “Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.”
Haliza juga tidak mahu berkahwin disebabkan tekanan daripada keluarga atau teman-teman yang tidak mahu dia terus hidup membujang.
Jelasnya, sampai masa nanti jika bertemu dengan lelaki yang sesuai, dia tetap akan berkahwin.
“Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” ungkapnya sambil ketawa.
Haliza sebelum ini pernah bersuara yang dia tidak akan memilih lelaki Malaysia sebagai suaminya. Bagaimanapun, persepsinya kini mula berubah.
Tuturnya, dia tidak kisah apa juga status lelaki itu asalkan dia boleh serasi dengan lelaki tersebut.
Mengulas mengenai lelaki pucuk muda yang kini menjadi dambaan kebanyakan artis wanita, ujar Haliza, jika pemikiran lelaki muda itu matang ia tidak menjadi masalah buat dirinya.
Berkongsi mengenai rahsia dirinya yang semakin cantik dan kurus, kata Haliza, dia tidak pernah berdiet, tetapi mengamalkan senaman sejak berumur 29 tahun lagi.
“Tiada rahsia apapun, cuma kena gigih bersenam. Sejak berumur 29 tahun, saya tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari,” luahnya yang kali terakhir berlakon dalam filem terbitannya sendiri iaitu Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami pada tahun 2009.
SUDAH memasuki usia 40-an, Haliza bagaimanapun masih selesa hidup solo.


Rindu pada bidang lakonan, bagaimanapun Haliza akui tidak menerima sebarang tawaran, berkemungkinan disebabkan statusnya sebagai penerbit.
Katanya, dia berharap mendapat tawaran berlakon dan dia tidak kisah memegang watak apapun termasuklah watak ibu asalkan dengan syarat wataknya itu ada memberi kesan kepada jalan cerita.
“Memang sudah lama saya tidak muncul di kaca TV atau di dalam filem. Bukan tidak ada tawaran, cuma watak yang saya dapat tidak memberi kesan. Itu saya kena selektif. Insya-Allah, selepas raya nanti saya akan muncul dengan dua projek baharu iaitu sebuah program majalah di RTM berjudul Citra Wanita dan saya juga bakal keluarkan sebuah novel berjudul Cinta Rimau,” dedahnya.
Mengulas mengenai novel pertamanya itu, ujar Haliza, ia berkonsepkan fiksyen dan mengisahkan tentang seorang perempuan yang membela harimau di rumahnya.
Bidas pelakon baharu
Disoal bilakah filem terbaharunya bakal diterbitkan selepas filem terakhir Andartu Terlampau pada tahun 2009, Haliza akui tidak mahu menerbitkan filem kerana kualiti pelakon-pelakon baharu sekarang.
“Pelakon sekarang terlalu ramai dan saya tidak kenal mereka. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pelakon baharu ini tidak mempunyai kualiti lakonan yang baik. Disebabkan itu, saya tidak mahu menerbitkan drama atau filem. Saya masih tidak jumpa lagi pelakon yang boleh berlakon dalam cerita saya,” dedahnya.
Ulas Haliza lanjut, kebanyakan pelakon baharu tidak tahu maksud sebenar lakonan dan hanya bersandarkan pada rupa semata-mata.
Katanya lagi, tiada seorangpun pelakon baharu yang boleh menjadi pelapis kepada pelakon-pelakon pada eranya seperti Vanidah Imran, Umie Aida dan Sofea Jane. - kosmo
-------------------
Semoga kak haliza akan diketemukan dengan jodoh yang baik dan bertanggungjawap amin..

Penaja Atikel




Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



Kesan Sebarang Bentuk Ketumbuhan di Payudara Anda
Kesan Sebarang Ketumbuhan di Payudara 
Rasa Konfiden Tampa Ketumbuhan, Cegah dari Awal

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Kurung Viscose, Terkini

Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Order Cake, Cupcake, Coklat Online

Order Cake and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas