Tuesday, August 27, 2013

Budak 5 Tahun Mati Kena Dera Setelah 10 hari Bertarung Nyawa

Ipoh: Ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan malang yang maut kelmarin selepas lebih 10 hari bertarung nyawa akibat dipercayai didera, kini berdepan hukuman gantung sampai mati apabila satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret, di sini, petang semalam.
Tertuduh, Choong Mee Chin, 30, pada 20 Ogos lalu dituduh dengan dua pertuduhan iaitu menganiaya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anak perempuannya Ho Yan Hui, 5, di rumahnya di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada 12 Ogos lalu.
Dia yang dituduh di depan Majistret Nor Haslinda A Raof mengaku faham ketika pertuduhan dibaca tetapi mahkamah tidak mengambil sebarang pengakuan dan menetapkan kes itu disebut semula pada 25 Oktober ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Foto
CHOONG kini berdepan hukuman gantung sampai mati.

Selasa lalu, Choong yang juga suri rumah mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap dua tuduhan iaitu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



-----


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas