Friday, August 30, 2013

Aeril Zafrel Tipu David Teo?


Kesian jugak Abang Nara membaca kata-kata Mejar David Teo ini. Iyerlah, sebelum ini Aeril Zafrel memohon keluar daripada MIG dengan alasan ingin mendalami ilmu agama. Tup-tup keluar pula berita yang Aeril sudah berlakon dalam produksi Hollywood. Serupa kena tipu la kan?
aeril zafrelAbang Nara respek kepada Mejar David Teo kerana membenarkan Aeril Zafrel berhenti daripada MIG kerana mahu mendalami agama. Bukan senang nak tamatkan kontrak begitu sahaja. Kata David Teo kepada Mstar Online:-
Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif. Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini.
aeril zafrel
Macam kena tipu hidup-hidup pun ada jugak. Namun bertambah respek lagi kerana David Teo tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap Aeril. Kata David Teo lagi:-
Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian. Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah ‘kacang lupakan kulit’. Dalam pada itu, ramai juga artis yang mengikut konsep kami bekerja telah pun berjaya dalam karier lakonan masing-masing
Tak apalah Mejar David Teo. Kalau orang nak tipu kita, macam-macam cara akan dilakukan. Kepada Aeril, semoga karier anda akan terus maju. Tak sabar nak menanti filem Hollywood lakonan Aeril. Pasti menarik!!!  - beautifulnara
------
Tak mengapalah david, orang yang nak berhijrah ni banyak halangan...yang penting ada niat nak berubah. Insyallah Allah akan tunjukkan jalannya. amin...

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas