Wednesday, June 5, 2013

Kisah Benar Suami Bercinta Dengan Kekasih Lama di Facebook, Isteri Sedih Sangat-sangat



Seorang isteri 30-an dan suaminya juga 30-an sudah 8 tahun bernikah dan dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan suami masing-masing bekerja kerajaan. Hidup mereka bahagia selama ini.

Bagaimanapun, dalam awal tahun ini, suaminya bertemu semula dengan kekasihnya di dalam facebook. Suaminya pernah bercinta dengan wanita itu sewaktu sama-sama menuntut di universiti dulu. Kemudian sudah terputus hubungan selepas keluar dari universiti kira-kira 10 tahun dulu. Suami di selatan, manakala wanita itu di Selangor. Sejak itu, suami menjalinkan semula hubungannya dengan merahsiakan kepada isteri. Kekasih lamanya ini sekarang berstatus janda anak dua kerana telah bercerai dengan suami lamanya.

Baru-baru ini, isteri menyedari hubungan yang begitu erat suaminya setelah isteri terbuka facebook suaminya secara kebetulan sewaktu suami tiada di rumah. Banyak perkara terbongkar, antaranya dengan membaca ayat-ayat cinta suaminya dengan wanita itu. Mengikut perbualan mereka dalam facebook itu, mereka pernah berjumpa beberapa kali di Kuala Lumpur.

Bila perkara ini terbongkar, berlaku pergaduhan antara suami dan isteri. Akhirnya suami mengaku kepada isteri, hendak mengambil wanita itu sebagai isteri kedua. Isteri tidak rela bermadu dan memberi syarat kepada suami supaya menceraikannya sekiranya ingin berkahwin lagi. Hidup isteri tidak tenteram dan pernah merujuk kepada seorang ustaz. Isterinya seakan kecewa kerana beranggapan ustaz ini menyokong suaminya supaya berpoligami dan menyuruh isterinya supaya taat kepada suami.

Minta pembaca memberi pandangan kepada masalah yang sedang dihadapi ini..... Buat masa sekarang suaminya belum berkahwin lagi tapi terus menjalinkan hubungan dengan kekasih lamanya melalui facebook dan telefon.

dari blog kadi
-----------------------------
Tajaan
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? 
Tingkatkan keyakinan diri 150%

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 

whatsup/line/wechat/kakao 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas