Wednesday, June 19, 2013

Motivasi Wanita Berjaya Dato Raya



Perjalanan masa pagi itu pergi ke Mimpian Resort tidak terlewat. Kami berpandu pada janji 8.30 pagi untuk bertolak membawa anak-anak Kebajikan Suria berkelah di sana. Perancangan ini sudah di atur dari awal dan mereka tidak sabar-sabar menunggu.

Setiap inci detik matahari bergerak tidak pernah terlewat memacu perjalanan kami untuk sampai tepat pada waktunya, itulah kekuatan yang Allah  SWT anugerahkan kepada kami pagi itu. Anak-anak yang ini hauskan kasih sayang perlukan belaian untuk mencapai kejayaan.

Hidup ini perlukan kejayaan...Kejayaan perlukan pengorbanan. Yang penting ia lahir dari kemahuan dan kesedaran yang dalam dalam diri kita. Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya (melalui Facebook) Rahsia untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Mereka mungkin hairan bagaimana saya boleh membahagi-bahagikan masa dengan anak-anak Kebajikan sedangkan saya mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak sendiri di samping tanggungjawab untuk masyarakat dan juga dalam pengurusan syarikat.
"Sebenarnya dalam hidup ini tidak ada yang mudah....tidak ada rahsia yang khusus untuk mencapai sebuah kejayaan.Yang penting kita ada perancangan dan angan-angan..."

"Angan-angan?" dia hairan bila saya sebut pasal angan-angan....

"cerita pasal angan-angan bukanlah macam angan-angan Mat Jenin...."

"Oh..."

"Kita harus ada keseriuosan dalam mencanai angan-angan itu untuk dijadikan cita-cita yang dibantu oleh imaginasi dalam minda kita..."saya teruskan bercerita dengan panjang lebar...

"Kita bayangkan bagaimana untuk mencapai kejayaan itu sebelum mencapainya. Yang penting jangan ragu-ragu dengan usaha yang  ingin kita lakukan, selalu berdoa dan minta petunjuk dari Allah jangan menyerah pada setiap cabaran.

Tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini akan berjaya. Kadang-kadang lain yang kita inginkan lain pula yang kita capai. Ini semua kerana bukan kita yang akan menentukan kejayaan kerana tidak semua usaha yang kita lakukan itu berjaya.. ianya bergantung pada dan ketentuan takdir dari Allah swt."
"Apakah kejayaan itu nasib?...” dia bertanya lagi.
 "Ada...Ya..kadang-kadang kita terpaksa bergantung pada nasib...ada nasib baik ada juga yang tak baik...hidup ini sekejap di atas sekejap di bawah..."
Tapi hidup ini tidak boleh terlalu bergantung dengan nasib, kerana nasib seseorang itu tidak sama. Usaha harus berjalan seiring dengan nasib...lipat gandakan usaha dan terus lah berusaha sebelum serahkan pada nasib...Insyallah kita akan berjaya.

Kita perlukan kecekalan semangat, kerajinan yang berterusan dan kekentalan tekad yang luar biasa. Pendik kata sesuatu yang lain iaitu ‘Supernatural’ ia suatu rahmat dan anugerah dari Allah SWT bagi mereka yang benar-benar jujur untuk mencapai kejayaan.

Kita juga harus mempunyai insiatif serta keyakinan dan ketabahan yang tinggi di samping tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada, jangan malu mencuba...pergunakan setiap inci ruang itu dengan baik kerana peluang hanya datang sekali dalam hidup ini. Sekali terlepas kita akan merana.

Jangan berputus asa!...jangan mudah patah semangat!...jangan terlalu bergantung kepada bantuan orang lain. Jangan cepat melenting jika ditegur dan yang paling penting jangan malu mengakui kelemahan diri sendiri teruskan belajar untuk menambah ilmu.

“Manusia yang paling beruntung dalam bumi ini adalah manusia yang berilmu.....” Nilai seseorang itu akan dinilai melalui ketinggian ilmunya bukan kepada percakapannya. Orang yang banyak bercakap itu sama nilainya dengan 'tin kosong'....

Sesungguhnya sudah menjadi keharusan bagi seseorang insan di dunia ini untuk menyelesaikan semua permasalahan yang membuat jiwa mereka menderita, jangan membiarkan perkara ini menganggu usaha kita untuk mencapai kejayaan.

 “Setiap orang yang berakal tidak pernah berputus asa dengan sesuatu pendapat yang akan mematahkan semangatnya untuk mencapai sebarang kejayaan”

 Dalam menerokai kehidupan kita harus ada arah tujuan. Selari dengan usaha dan semangat kita untuk berjaya, perbetulkan kelemahan diri sendiri dahulu dan berusahalah untuk melakukan perubahan…

Kita harus jujur pada diri sendiri kerana hati yang menyimpang ke jalan yang salah kerana cara seperti ini tidak akan menjanji apa-apa kejayaan. Kejayaan yang kita capai dalam cara yang singkat tidak akan kekal selamanya.

Kejayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak halal tidak akan kekal. Suatu waktu kejayaan itu akan hancur dengan cara yang lebih buruk dari cara kita menghancurkan orang lain. Ini tidak akan mustahil terjadi!...

“Jangan engkau menanggisi apa yang telah berlalu dan menyia-nyiakan air mata yang tertumpah kerana bukanlah suatu kesanggupan kita untuk mengembali kan apa yang telah berlalu”

Kita tidak memiliki kemampuan untuk merubah apa yang berlalu dan tidak mampu untuk menentukan masa depan yang sesuai dengan gambaran yang kita inginkan.

Cubalah belajar berkorban masa untuk mempertingkatkan kelemahan diri. Jangan mengeluh dan elakkan sikap berputus asa kerana banyak kemudahan yang datang setelah putus asa, banyak kebahagiaan yang datang setelah menderita.
“Kalau aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar dan kalau aku uji kamu dengan nikmat kamu tidak mahu bersyukur maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini an pergilah cari Tuhan yang lain” – Hadis Qudsi

Sekian dulu...jumpa lagi.
Wassalam.
DRErom.DATUK RAYA EROM sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif.




Penaja
Persediaan Perkahwinan Kekal Abadi Selamanya
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
Dapatkan payudara menawan, besarkan dan montokkan payudara, ketatkan faraj, slim, buang lemak yang berlebihan dan cantikkan dan cerahkan kulit dengan selamat, jaga kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga demi kebahagiaan keluarga


sms/whatsup/line/ 018 263 7833 atau SMS 013 308 4906 PM Feredea Power



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas