Monday, June 10, 2013

Kisah Matahari Sujud



Dari Abu Dzar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bertanya kami: "Tahukah kamu semua kemanakah matahari itu selalu pergi?"
Lalu kami berkata: "Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu."
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Matahari itu berjalan sehingga sampai di perhentiannya iaitu di bawah 'Arasy, kemudian matahari itu sujud, ia sujud sehingga datang perintah Allah: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! Setelah matahari mendapat perintah dari Allah SWT maka dia pun muncul kembali seperti biasa di tempatnya dan dia meneruskan perjalanannya seperti biasa sehingga kembali di tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Lalu matahari sujud lagi sehingga datang perintah Allah SWT. "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! maka matahari pun bangun dan ia pun terbit semula seperti biasa di tempatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Matahari itu tidak pernah mungkir sedikit pun hingga ia sampai kembali ke tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Dan apabila matahari menerima perintah dari Allah SWT yang bermaksud: "Bangunlah dan muncullah kamu di tempat kamu biasa tenggelam." Maka pada masa itulah akan terbit matahari di sebelah barat.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tahukah kamu semua bilakah hal ini akan terjadi? (terbitnya matahari sebelah barat), ianya akan terjadi pada hari di mana iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman."
Semua ciptaan Allah SWT sentiasa tunduk dan sujud pada Allah kecuali manusia dan jin yang ingkar, manusia mempunyai akal fikiran yang baik dan dapat memahami dan melihat dan merasai segala ciptaan Allah, tetapi malangnya masih banyak lagi yang ingkat pada perintah Allah.
Kalaulah matahari yang begitu kuat kuasa yang Allah berikan padanya sentiasa sujud pada Allah, jadi mengapakah kita yang lemah ini sangat degil dan keras kepala tidak mahu sembah Allah?
Kalau kita masih berdegil juga, ingatlah firman Allah dalam surah Al-Hajji ayat 18 yang bermaksud "Tidakkah engkau tahu, bahawa kepada Allah sujud (tunduk) siapa yang di langit dan siapa yang di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, tetapi kebanyakkanya (manusia yang lain) berhak mendapat azab. Barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak adalah baginya orang yang akan memuliakannya, sesungguh Allah membuat apa-apa sahaja yang dikehendakinya.


------------
Semoga kita mendapat pengajaran agar sentiasa beringat sujud pada Allah...sebab itu kita kena solat, sujud itu adalah tanda kita hormat, syukur dan mengakui kebesaran Allah berbanding dengan diri kita yang kerdil yang perlukan pertolongan darinya.


Tajaan




Buat apa anda perlu bayar ratusan ringgit utuk rawatan buang bulu di spa? Jika anda boleh lakukan dengan mudah di rumah.
Dapatkan mesin waxing home use, minyak wax dari tumbuhan semulajadi yg selamat dan berkesan tuk menanggal bulu roma secepat 1 minit 

Respond pantas sms/whatsup/line/wechat/kakao 018 263 7833 
sms 013 308 4906 (power)
atau
PM Sekarang! 
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower 
Percuma

Collagen Eye Gel

Punyai kepekatan Gel Collagen, Timun, Aloevera dan Alga yang tinggi mampu memberikan kesegaran pada mata dan mengurangkan mata hitam, kusam dan kedutan pada mata.
Sapukan pada mata, dan urut selama 2-3 min setiap hari dan rasai perbezaan selama 1 minggu guna!

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas