Saturday, June 22, 2013

Kisah Kejayaan Kak Kay Jutawan Kosmetik

Kamaliah (kiri) di kilang RZAC Cosmetic yang menjadi tulang belakang kejayaan produk tersebut.


INILAH yang dikatakan nasib, rezeki dan kejayaan seorang individu yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pertama kali bersua muka dengan jutawan kosmetik ini memang begitu sederhana orangnya.

Bertubuh kecil tanpa secalit solekan, orangnya cukup ceria dan mesra melayan kumpulan media yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Datuk Kamaliah Abdul Halim, 51, yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Kay, memilih untuk tidak begitu popular sebagaimana rakan-rakan seangkatannya seperti pengasas Nouvelles Visage, 

Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.
Namun Kamaliah sebenarnya mengecapi kejayaan yang tidak kurang hebat seperti rakan-rakannya itu dengan jenama RZAC Cosmetic sebagai taruhan.
Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia kecantikan, Kamaliah mengakui pada awalnya memilih perniagaan batik walaupun beliau tahu minat sebenarnya ialah dalam dunia kecantikan.

"Ketika itu, Kak Kay mendapat tender untuk membekalkan baju batik untuk sebuah Maktab Perguruan di Pulau Pinang. Tetapi, oleh kerana kerenah birokrasi dan pembayaran yang mengecewakan perniagaan tersebut ditutup.
"Lagi pun Kak Kay tidak pandai menjahit dan hanya mengharapkan kerja tangan pekerja 100 peratus," ceritanya pada sesi beramah mesra bersama media di kediamannya di Bertam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Gagal dengan perniagaan batik, pada tahun 1998 Kamaliah berjinak-jinak menjual produk kecantikan dari luar negara dan ketika itu dia berjaya mengumpul ramai pelanggan.
Atas permintaan pelanggan juga, Kamaliah akhirnya menyewa sebuah kedai untuk dijadikan salon menjual produk tersebut dan di situ beliau belajar tentang selok-belok dunia kecantikan.

"Walaupun sambutan yang diterima menggalakkan, rezeki masih tidak menyebelahi Kak Kay. Selama dua tahun Kak Kay menjual produk tersebut dan akhirnya perniagaan jatuh merudum kerana produk tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan.

"Ketika itu Kak Kay mula terfikir untuk membuat produk jenama sendiri. Kak Kay selalu ingatkan diri sendiri, kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku? Jadi dari situ, semangat untuk membuat produk kecantikan jenama sendiri semakin menebal," cerita anak kelahiran Perak ini lagi.

Menyingkap bakat dan minat dalam dunia perniagaan Kamaliah percaya ia telah berputik lama sebelum beliau terbabit dalam dunia kecantikan.
Segalanya bermula ketika mengikut suami melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) sekali gus mengubat hati akibat gagal untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya di sebuah jabatan kerajaan.

"Disebabkan kecewa gara-gara pihak atasan tidak mahu memanjangkan tempoh perkhidmatan, saya meletak jawatan 24 jam walaupun telah berkhidmat selama tiga tahun dengan jabatan tersebut sebagai kerani.

"Masa mula sampai di UK memang seronok. Malah dalam hati berdetik 'sampai juga aku ke negara orang putih walaupun tak pandai berbahasa Inggeris'.
"Tapi waktu itu, kehidupan kami tidaklah sesenang sekarang. Kami anak- beranak hanya mengharapkan biasiswa suami untuk belanja harian," katanya mengimbau kenangan silam.

Sebagai wanita yang semula jadinya tidak pandai duduk diam, beliau mula mencari idea bagaimana untuk menambah pendapatan keluarga.

Menggunakan kemahiran memasak yang dimiliki, beliau menjual nasi lemak kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana.
"Dengan hasil jualan nasi lemak itu jugalah Kak Kay dan keluarga dapat menjelajah ke enam negara di Eropah.
"Dan dari situlah titik permulaan Kak Kay dalam dunia perniagaan," ujar wanita cantik ini.

Bercerita semula mengenai RZA Cosmetic, menurut Kamalia produk pertama iaitu set empat penjagaan wajah memasuki pasaran pada tahun 2001.
Atas pertolongan rakan-rakan, mereka membantu memasarkan produk tersebut sama ada sebagai pengedar mahupun pengguna.
Beliau juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami Ir Rahim Zainal Abidin yang turut menjadi thing tank dalam perniagaannya selama ini.

"Syukur pasaran RZAC Cosmetic amat membanggakan sehingga Kak Kay berjaya membina sebuah 'Istana RZAC D Casa' dan membiayai pelajaran anak-anak hingga ke luar negara hasil perniagaan tersebut.
"Inilah juga impian Kak Kay yang akhirnya menjadi kenyataan. Hasil daripada keringat, kesabaran dan keikhlasan akhirnya Kak Kay berjaya walaupun tanpa bantuan segulung ijazah," katanya.

Sebagai pengusaha produk kecantikan yang kini mencecah hampir 200 jenis produk, erti kepuasan pada diri Kamaliah adalah apabila pelanggan dapat apa yang mereka inginkan - menjadi cantik.
Beliau juga mahu membuktikan bahawa janji-janji terhadap pelanggan menjadi kenyataan dan bukannya omongan kosong.
"Syukur kepada Allah melalui perniagaan ini Kak Kay juga dapat membantu dan memberi peluang perniagaan kepada wanita lain terutama ibu-ibu tunggal sebagai pengedar RZAC Cosmetic.
"Mereka mampu meraih pendapatan lumayan dan ada juga daripada mereka yang membuat jenama produk sendiri dan g berjaya.
"Alhamdulillah, Kak Kay juga banyak mengajar wanita-wanita terutamanya golongan bumiputra tentang selok-belok perniagaan berkaitan kecantikan dan spa.
"Bagi Kak Kay, kita tidak harus lokek dengan ilmu dan perlu dikongsi untuk kebaikan bersama," katanya. - utusan



Rahsia Bakar Lemak Selama 3 hari http://bit.ly/1bFFc3Q



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas