Wednesday, June 12, 2013

Karlos Johan Pilih Perempuan Yang Ingatkan Waktu Solat



Pelakon drama ‘Karlos’ yang sedang hangat disiarkan di TV3 iaitu Johan As’ari kini sedang dalam proses melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya dipenghujung tahun ini.

Johan mengakui bahawa dia tertarik untuk berkawan dengan gadis tersebut apabila dia sering diingatkan tentang solat, malah Johan juga menepis segala gosip yang mengaitkan dia dengan artis Emma Maembong dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa.

“Sebenarnya, perkara ini saya tak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarganya. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini,” jelas Johan yang masih mahu merahsiakan identiti gadis yang telah menambat hatinya itu.

“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dirinya adalah kerana dia suka dan senang dengan personaliti saya, begitu juga sebaliknya. Lebih memikat hati saya ialah, apabila dia suka mengingatkan saya tentang waktu solat. Apabila sudah terbiasa, lama kelamaan kami sering ingat mengingati antara satu sama lain. Kami suka berkawan antara satu sama lain dan selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa.

“Saya dan Emma hanya sekadar teman rapat kerana kami berada di bawah syarikat pengurusan yang sama,” jelas Johan.

Johan kini sedang giat menjalani penggambaran bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance yang bertajuk ‘Tujuh’. Membawakan watak sebagai Sam, Johan menyatakan yang dia perlu menghidupkan watak sebagai seorang pemimpin pelajar pada tahun 1977.

-------------------
Maybe cara gf dia mengingatkan waktu solat tu membuatkan dia menyangka gf adalah seorang yang baik dan solat. Kalau nak berdakwah kenalah berhikmah, tak boleh nak push2 orang tak suka ... kalau kena dengan caranya boleh buat orang sayang dan jatuh cinta.
Semoga hubungan mereka selamat hingga pernikahan amin

Tajaan

Buat apa anda perlu bayar ratusan ringgit utuk rawatan buang bulu di spa? Jika anda boleh lakukan dengan mudah di rumah.
Dapatkan mesin waxing home use, minyak wax dari tumbuhan semulajadi yg selamat dan berkesan tuk menanggal bulu roma secepat 1 minit 
Respond pantas sms/whatsup/line/wechat/kakao 018 263 7833 
sms 013 308 4906 (power)
atau
PM Sekarang! 
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower 
Percuma
Pencuci khas selepas waxing  puteri ayuni


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas