Thursday, June 6, 2013

Jiran Iri Hati Tak Nak Bermalam




MEMORI ketika menjejakkan kaki di bumi Jordan buat kali pertama satu ketika dulu antara pengalaman tidak pernah lupakan. Bukan saja berpeluang menziarahi tempat bersejarah seperti Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan kota purba Petra, saya juga terharu dengan layanan diberikan pelajar kita yang melanjutkan pelajaran di sana.

Mereka sangat memuliakan tetamu, malah berbesar hati menjemput saya dan rakan bermalam. Walaupun wang belanja terbatas, mereka tidak lokek membelanja kami dengan pelbagai makanan Arab walaupun Dinar Jordan ketika itu lima kali lebih mahal berbanding mata wang kita.


Lebih menarik apabila kawan tuan rumah yang tahu kehadiran saya dan rakan, seakan-akan ‘iri hati’ dan memujuk kami bermalam di rumah mereka juga.

Boleh dikatakan, jemputan bermalam dan makan sungguh banyak tidak kira sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam.


Saya percaya sifat peramah dan meraikan tetamu ini hasil pengaruh penduduk Arab Jordan. Walaupun secara umumnya bangsa Arab kasar, dari segi positif mereka sangat memuliakan tetamu.


Ketika di Syria, saya turut diraikan pelajar serta penduduk. Pernah satu ketika saya dijemput makan malam di rumah seorang Syeikh di kota Damsyik. Dengan pelbagai juadah makanan dan minuman, saya dan tetamu lain ‘ditahan’ tuan rumah kerana terlalu gembira dengan kunjungan kami.

Di Malaysia, kita juga mengamalkan sikap meraikan tetamu. Buktinya dapat dilihat ketika musim perayaan seperti Aidilfitri dengan ramai umat Islam membuat rumah terbuka.


Konsep meraikan tetamu sewajarnya difahami dengan konsep lebih luas dan terbuka. Paling penting, sebagai umat Islam, kita wajar memahami siapa termasuk dalam golongan tetamu yang perlu diraikan.

Malangnya, sesetengah anggota masyarakat seakan-akan ‘memilih bulu’ ketika meraikan tetamu. Ada yang cuma merai orang dikenali, ada pula hanya merai orang berada. Tidak kurang meraikan tetamu daripada kalangan Muslim saja.


Pada bulan lalu, selepas selesai satu program, saya didatangi seorang lelaki berbangsa Tionghua. Dia menyatakan minatnya terhadap Islam dan berusaha mendekati dan memahami agama ini sebelum benar-benar yakin untuk melafazkan kalimah syahadah.


Dia pernah ke sebuah masjid dengan harapan dapat berjumpa seseorang bagi membincangkan beberapa kekaburan mengenai Islam.


Malangnya, apabila tiba di masjid, dia dihalau oleh seorang hamba Allah yang mengatakan dia tidak boleh masuk ke kawasan rumah ibadat itu dengan alasan bukan Islam.


Jelas terpancar kekecewaan pada raut wajahnya ketika menceritakan kejadian itu. Dia mempersoalkan kenapa ajaran Islam sangat cerewet dan menyusahkan hingga menyebabkan niat orang sepertinya yang ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam terbantut.


Ini antara realiti masyarakat kita. Walaupun tidak semua, segelintir masih mempunyai pemikiran seperti itu yang secara langsung memberi persepsi negatif terhadap Islam.


Sewajarnya kita meraikannya sebagai tetamu di rumah Allah, mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan seterusnya memeluk Islam tanpa banyak soal.


Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.


Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.


Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.” Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 - Kalam Imam Muda

---------------------
Iklan


Waktu guna

Langkah 1 :
Isteri disyorkan menggunakan Losyen Kamar Sutra 1 atau ½ jam sebelum  bersama. Losyen akan meresap masuk ke permukaan kulit serta bertindak merawat sel-sel kulit supaya lebih aktif. Hasilnya keseluruhan kawasan yang disapu akan mampu lebih menguncup(grip). Manakala aroma herba  yang digunakan akan bertindak menghilangkan bau yang tidak menyenagkan kepada bau yang lebih memberahikan

Langkah 2 :
Ketika hendak bersama sapukan lagi sekali Losyen kamar Sutera di keseluruhan faraj. Ianya bertujuan menambah aura kegahirahan dan kelekitan yang akan memberangsangkan anda dan suami.
Nota : Losyen Kamar Sutera ini diformulasi khas supaya  tidak merbahaya jika termakan.

 
CARA PENGGUNAAN
 Sapu  losyen Kamar Sutra ke bahagian tepi faraj seperti gambar rajah. Tujuan sapuan adalah untuk mengecutkan pintu faraj dan agar ia melekit diantara pintu faraj. Sebaiknya lumur pada keseluruhan faraj. Selain itu ia juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati di sekitar faraj mahupun di kulit dan jika ia disapukan di kawasan yang berkenaan, kulit akan bertambah licin.
Nota : Anda boleh menguji keberkesanan losyen ini dengan cara berikut, Sapukan  losyen ini di kawasan kulit yang kasar atau berkedut , setelah 2 jam( kering) basuh dan lap hingga kering. Anda akan dapati kawasan sapuan kulit tadi menjadi licin bersih( kurang kedut). Ini membuktikan losyen Kamar Sutra ini mampu meremajakan sel-sel kulit anda.

KELEBIHAN
Selain ia dapat mengecutkan /grip pada bahagian pintu faraj, ia juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit terasa licin selepas menggunakannya.
Manjakani yang terkandung dalam losyen juga mampu merapatkan lapisan-lapisan tisu vagina dan pada masa yang sama, memulihkan kelembutan dan meremajakan saraf-saraf dalam faraj, oleh itu aktiviti seksual lebih menyeronokkan.

sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 atau PMhttp://www.facebook.com/feredeapower

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas