Tuesday, June 4, 2013

Dua Beradik lelaki dan Perempuan Curi Kereta Mewah


Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu.
Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya.
Foto
TENGKU Mohd Zailan (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kereta mewah yang ditemui semula.

Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan.

-----------------------
Nak cepat masuk lokap buatlah kerja curi...tapi kurang2 pun dua beradik ni dapatla mereka bawa kereta impian diorang seketika saja..Nasihat pada adik beradik, cuba pegi show room, pakai smart2 minta bawa test drive, pun boleh juga dapat bawa kereta impian ni...walaupun sekejap, halal...boleh tangkap gambar...ngorat aweks...apa da....pendek akal curi...ceh!

Tajaan
Order Kek dari rumah, made to order, tampa pengawet, alcohol dan bahan merbahya, buatan muslim di mulai dengan bismillah dan mengamalkan kebersihan mengikut syarak
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 / sms 013 308 4906  (Cake) 




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas