Sunday, June 9, 2013

Diana Danielle sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.


RASANYA tidak perlu Diva nak jadi ahli matematik atau pakar perbidanan di sini. Cuma apa yang Diva diberitahu, pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Setakat ini, Diva masih belum dapat pastikan nama bayi atau berat semasa dia dilahirkan, tetapi dengarnya si comel itu dilahirkan di sebuah hospital berdekatan tempat kediaman Diana di Sydney, Australia, pada hujung Mei lalu.

Mesti ramai yang masih ingat, Diana ke sana untuk belajar dan ramai juga yang pelik dan tersangat prihatin dengan Diana apabila tidak mempamerkan gambar perut semasa mengandung. Itu hak dia, dia nak pamer atau tidak. Ramai juga yang prihatin tentang tempoh kehamilan Diana apabila pelakon berkenaan mengumumkan kehamilannya dalam tempoh lebih kurang dua minggu selepas bernikah pada 3 November lalu.

Belek-belek Instagram Diane, tiada pula gambar atau tanda-tanda bahawa dia ke hospital untuk bersalin. Biasalah, sesetengah artis tak suka hal keluarga mereka jadi tatapan.

Apa-apapun, Diva bangga sebab Diana sudah berjaya menjadi ibu dan dalam masa yang sama bergelar pelajar perfileman di Sydney.


Kosmo

-----


Updated dari Meletop, gambar Farid Kamil cium baby bukan anak Diana tapi anak saudara Farid Kamil yang baru lahir, Diana dijangka akan melahirkan anak pada pertengahan Julai...
Semoga dia selamat melahirkan bayi sulong amin.....


--------------------

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas