Persoalan bilakah ingin menimang cahaya mata sendiri adalah isu yang kerapkali diajukan oleh pihak media kepada pelakon berbakat, Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Paduka Umi Kalsum bt Rahmad Ali.
Namun begitu, bagi aktres jelita ini, dia sendiri lebih selesa untuk menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan yang Esa dan akui tujuan utamanya berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin bukan sekadar untuk memiliki zuriat, akan tetapi ingin memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.


Saya percaya dengan rezeki. Kalau Allah nak bagi rezeki, dia akan bagi walau macam mana dan bila-bila masa.
Tujuan saya kahwin bukan sebab nak dapat anak. Tapi, Alhamdulillah yang penting kami sekeluarga bahagia dan menghargai antara satu sama lain.
  • umie aida
Umie Aida bersama anak angkatnya Mohd Daniel Firdaus & Mohd Dzulhelmy
Memandangkan sebelum ini Umie Aida pernah mengambil dua orang anak angkat, iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy,  jadi timbul persoalan dikalangan pihak media, adakah selepas ini Umie akan mengambil anak angkat lagi?
Tak ada perancangan nak ambil anak angkat lagi. Ambil anak angkat bukanlah perkara senang. Tanggungjawab terhadap mereka sangat besar. Sejak mereka kecil sampai meningkat dewasa, kita tidak boleh fikir apa yang kita bagi semuanya dah cukup.
Jaga anak sendiri dan anak angat lain. Amanah yang kita ambil sebagai anak angkat lebih berat, tambah-tambah lagi kalau ianya anak yatim. Kalau anak sendiri kita mungkin boleh pukul. Tapi kalau anak yatim, nak jentik sikit pun kita kena fikir seratus kali.
Mak saya pun pernah cakap, sebelum ambil anak angkat fikir betul-betul. Jadi sekarang ini mak saya yang banyak bagi tunjuk ajar hal-hal berkaitan anak. – Ujar Datin Paduka Umie Aida sewaktu bertemu di sesi ramah mesra drama Ummi Selasa lalu.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalaman menjaga dua orang anak angkat, aktres ini akui lebih selesa menjadikan mereka sebagai sahabat baik kerana lebih mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Bila anak-anak dah meningkat remaja, saya lebih suka buat mereka sebagai kawan. Jadi, apa-apa pun kita akan senang berborak dan berbincang.

Kalau nak tahu, daripada mereka kecil sampai sekarang saya ada upah seorang ustaz untuk ajar mereka mengenai hal-hal agama. Alhamdulillah, bila dah selesai tentang pelajaran akademik dan agama sampai mereka tahu semuanya, tugas saya dah selesai.

Kini kedua-dua anak angkat Umie Aida telah meningkat remaja dan mereka akan menyambung pelajaran ke universiti pilihan masing-masing.

Mohd Daniel Firdaus, 20 akan menyambung pelajaran dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala Mohd Dzulhelmy, 19 pula akan menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di Universiti Nilai.

Merujuk perkembangan terbaru, Datin Paduka Umie Aida bakal muncul dengan drama terbarunya di bawah arahan pengarah terkenal, Faisal Ishak berjudul Ummi.  Drama 13 episod ini akan disiarkan mulai 30 Jun, setiap Ahad jam 9 malam, hanya di TV3. - obulan



-----------------------------
Penaja
Persediaan Perkahwinan Kekal Abadi Selamanya
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
Dapatkan payudara menawan, besarkan dan montokkan payudara, ketatkan faraj, slim, buang lemak yang berlebihan dan cantikkan dan cerahkan kulit dengan selamat, jaga kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga demi kebahagiaan keluarga
sms/whatsup/line/ 018 263 7833 atau SMS 013 308 4906 PM Feredea Power
Klik produk pilihan majalah wanita infojelita
Kerana kami hanya pilih yang terbaik