Wednesday, May 22, 2013

Kisah Air Asia Tinggalkan Ibu dan Anak Yang Sakit Sendirian di Vietnam






"Memang  Air Asia  tidak membantu adik saya sewaktu mereka diarahkan keluar dari lapangan terbang di Ho Chi Minh pada 18 Mei lalu. Mereka sendiri menahan teksi dan pergi balik ke hotel kami tinggal masa bercuti, May Flower Hotel," kata Norhamiza melalui telefon.

"Ya, seperti puan katakan sewaktu kita berjumpa di LCCT," balas saya.

Norhamiza menghubungi Izan di Ho Chi Minh tatkala tiba di LCCT sebelum bertemu saya di tempat menuntut bagasi.

Difahamkan, hari ini wakil Air Asia berulang kali menghubungi Izan kerana ingin bertemu dia untuk mendapatkan penjelasannya.

"Sepatutnya, Asia Asia patut memberikan penjelasan berhubung kejadian berlaku, bukan adik saya," ujar Norhamiza lagi.

Timbul persoalan ...

Jika Maryam Sofea disyaki membawa demam campak berjangkit, mengapakah saya dan semua penumpang berada di sekitar bayi itu tidak dikuarantin sewaktu berada di ruang menunggu lapangan terbang?

Mungkin jangkitan memilih bulu.

Hakikatnya, pihak membantu Izan, Maryam ditemankan oleh dua saudara lelaki mereka, Tourism Malaysia New York, Amerika Syarikat, Tourism Malaysia Vietnam, Kedutaan Malaysia di  Vietnam,  MAS dan kakitangan Hong Leong Bank.




"Hari ini  (21 Mei, Selasa),   pihak  Air Asia  menelefon  kakak  beberapa kali  untuk bertemu  saya secara peribadi. Dia kata  untuk  bertanya  beberapa soalan  dan memulangkan wang, refund. Kepada saya,  pihak Air Asia  perlu  memberikan penjelasan kepada semua rakyat Malaysia, bukan saya perlu  menerangkan kepada mereka, lalu saya tolak untuk bertemu.  Saya  katakan,  kejadian  diceritakan oleh abang  Mazidul, itu  berlaku dan semua informasi  tercatat  di  kenyataan akhbar  MAS, itu benar. Jadi pihak Air Asia boleh merujuk maklumat terbabit," katanya. "Mungkin  puan  ingin  merakamkan  ucapan  terima kasih  kepada mereka yang membantu?," celah Arashy.

"Bantuan abang  Mazidul  yang sangat vokal,  penumpang  penerbangan AK 1455.  Saya sangat  tersentuh hati.  Mereka  tidak  mengenali saya, saya pun  tidak mengenali mereka ( menangis). Terima  kasih banyak. Menggunakan wang sumbangan mereka,  kami dapat mencari  hotel,  membeli susu dan membeli tiket balik.  Alhamdulillah,  paling penting,  semua selamat,"  jelas Izan sambil  airmata  bercucuran  di pipinya.

Izan secara tenang meluahkan harapannya.

"Kami  berharap   Air Asia  bersikap  lebih peka. Kami  faham mereka mengikuti prosedur operasi standard,  SOP. Itu  kami akur tetapi selepas itu, mereka juga harus bersifat    berperikemanusiaan.  Contohnya, hantarkan penumpang terbabit ke hotel  bukan dibiarkan begitu sahaja.  Sewaktu berada di Vietnam tiada wakil Air Asia menghubungi kami untuk menawarkan bantuan.  Kami sangat sedih. Orang baik  berada di mana-mana. Biarpun kami sudah  pulang ke Malaysia, terdapat rakyat  Vietnam  mengumpul  derma  dan ingin menyerahkan  hasil kutipan  itu untuk kegunaan kami sekiranya kami masih berada di sana. Kakak saya  memaklumkan mereka, sedekahkan  wang itu  kepada  masjid di Vietnam  sebab adik saya sudah balik,"  jelasnya.

"Memang kami berasa  terkejut. Apabila  doktor dari   Malaysia menerangkan  kepada mereka, Maryam  selamat untuk  diterbangkan  tetapi penjelasan itu tidak diterima oleh mereka di sana.  Air muka   petugas itu punya sombong dan  mak cik ingat  sampai sekarang. Dia  memeriksa  suhu  badan Maryam dua kali dan memang  Maryam tidak demam. Memang sejarah dalam hidup mak cik, pertama kali pergi ke Vietnam, terjadi  perkara sebegitu. Tambahan pula apabila  syarikat penerbangan lepas tangan.  Kakitangan di situ  mendakwa, kalau awak naik  pesawat, nanti kapten  akan  halau  sedangkan  kapten dilaporkan tidak mengetahui kes ini.  Habis  maklumat itu datang daripada mana?  Dia reka?  Menyusahkan kami.  Sebaik mengetahui anak mak  cik  boleh balik,  bersyukur kepada Allah. Tiada siapa lebih  berkuasa  berbanding   Allah,"  tambah Zaiton.

"Hari ini ( 21 Mei 2013, Selasa  )  kami  membaca kenyataan  akhbar  dikeluarkan  oleh  Air Asia. (Ketua Pegawai Eksekutif)  Aireen Omar  mengatakan  syarikat  terbabit  kononnya  menawarkan   bantuan.  Hakikatnya,  pihak Air Asia  tidak pernah   sekalipun  bertanya  khabar sewaktu kami di Ho Chi Minh, apatah  lagi  menawarkan  kemudahan  tempat  tinggal  mahupun   penerbangan percuma   untuk pulang ke Malaysia.  Kami  cuma diarahkan keluar dari  lapangan terbang tanpa sebarang bantuan,"  jelas  Izan lagi.

Dua kali  Izan melontarkan penjelasan sama sebelum  kenyataannya disiarkan oleh Buletin Utama TV3 dan blog ini.

"Dari  mana pihak pengurusan Air Asia  mendapat  informasi itu?  Barangkali  bukan salah Aireen  tetapi   dia   tidak  disalurkan   maklumat  tepat oleh  wakil Air Asia di Vietnam.  Apapun, sebagai pengendali  syarikat besar, mereka terlebih dahulu harus memeriksa  ketepatan  maklumat  diperolehi.  Kami  berasa  amat kecewa  dengan maklumat tidak benar dipaparkan itu,"  tambah Izan.

Saya  tidak  mempunyai  sebarang  kepentingan dalam hal ini.  Air Asia dan MAS  tidak pernah memberikan saya tiket  percuma untuk pergi melancong manakala keluarga Izan tidak membayar saya,  biarpun sesen  untuk saya  menulis mengenai insiden berlaku. Cuma sebagai manusia,  saya  ingin membantu  mendedahkan perincian  kejadian sebenar agar kesilapan tidak berulang kepada penumpang lain.

Untuk  rekod,  sebelum ini saya  juga   pernah  mengemukakan komplen dan melontarkan  pujian  berhubung  operasi  MAS.  

Berlepas  ke Ho Chi Minh,  Vietnam,  menggunakan  perkhidmatan Air Asia, anak  istimewa dinafikan hak untuk menaiki pesawat,......  lalu  kembali  ke Malaysia  diterbangkan  oleh MAS.

Blog Mazidul


Kesian betul ngan akak dan anak masih lagi baby ditinggalkan...kalau aku la..tak tahu camne lagi nak buat...nak harapkan siapa, di mana nak tinggal, nak buat apa? Anak tengah sakit plak tu..macam jadi buangan plak...tak patut Air Asia buat camni ...kesianlah kat orang....
Sekarang ni nama baik Air Asia dah tercalar...padan muka...
Kita nantikan tak lama lagi mungkin ada diskaun besar-besaran...bila satu dunia dah tahu kisah akak ni....yay
-----------------------------
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Berikan yang terbaik tuk suami anda ... pasti dia senyum puas...masalah rumah tangga hilang tension pun hilang!

Anda akan menjadi lebih fokus untuk menempah tiket kejayaan dalam bidang yang anda ceburi

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
whatsup 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas