Friday, May 31, 2013

Isteri kelar dagu, dada suami lena

gambar hiasan


Tawau: Akibat cemburu kerana mengesyaki suaminya mempunyai teman wanita, seorang isteri bertindak kejam apabila mengelar dagu dan dada suaminya ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Taman Kinabutan Ria, Batu 5, Jalan Apas di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun bekerja sebagai mekanik terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau dan menerima 13 jahitan di dagu dan sembilan jahitan di dada.


Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mereka apabila isteri mangsa berusia 54 tahun mengesyaki mangsa mempunyai teman wanita.

Selepas pertengkaran itu, mangsa masuk ke dalam bilik lalu tidur.


Isteri mangsa yang juga seorang suri rumah sepenuh masa berang dengan kejadian itu lalu bertindak mengambil sebilah parang di dapur dan menggelar dagu serta badan suaminya yang ketika itu nyenyak tidur. Anak mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian meminta bantuan jiran sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tawau.

“Ketika itu, isteri mangsa cuba melarikan diri bersama parang yang digunakan ketika kejadian.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas di Taman Megah Jaya kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian kerana percaya suaminya mempunyai teman wanita selain mendakwa dia dikenakan jampi sehingga mengalami penyakit ganjil.


“Mangsa masih dirawat di Hospital Besar Tawau dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.


Awang Besar berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Jun depan untuk membantu siasatan lanjut.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. - hmetro


-------------------

Apa nak jadi dengan perempuan sekarang ni .... cepat betul cemburu... hati-hati dengan perempuan camni...kadang2 sudah nak agak sebab org yang selalu pendam perasaan ni akan bertindak luar biasa bila dah meletop, mana tahu time dia period meletop ! abis...nasib baik tak kena kat adik dia... hahahaha...lain kali berhati-hati jangan sampai kita menggunakan kekerasan...akhirnya minah tu juga yang masuk lokap...

Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri?
Tingkatkan keyakinan diri 150%
Gabungan herba-herba dan ramuan ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantik, cerah, halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 


  

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas