Saturday, June 1, 2013

Ibu Buta Jual 4 Anak di China

Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.
Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.

Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.
“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.

“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.

“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. “Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.
Foto
DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya.
Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.

“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.
“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.

Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.

Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.

Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail

----------------
Bersyukur kita tak alami seperti mana dia alami....ramai org kat china mengalami tekanan akibat kekurangan makanan dan kesempitan hidup...sebenarnya ramai baby china seludup masuk ke negara kita....tah2 dah sampai malaysia pun anak tu dah ada mycard agaknya...

-----------------------------Tajaan
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri?
Tingkatkan keyakinan diri 150%
Gabungan herba-herba dan ramuan ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantik, cerah, halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas