Khasiat Kurma




Aku beli Jus Kurma d Warisan ni kerana ingin mempraktikkan sunnah rasulullah saw....nak makan kurma seperti rasulullah aku agak susah sikit sebab keras, rasa manis dan ada biji...lagipun kurma susah nak dapat kecuali masa bulan puasa...

Jadi setelah aku buat survey sikit kat pasaran...jus kurma dwarisan ni harganya agakla murah dan boleh di simpan dalam peti ais dan boleh di makan berulang-ulang...

Pagi-pagi ambil sudu besar dan tuangkan dalam 3 kali suapan...insyallah mujarab untuk kesihatan...baik bagi perempuan yang hendak mengandung, supaya dimudahkan untuk mendapat zuriat, baik untuk sistem penghadapan bagi sesiapa yang susah nak buang air besar (kena tahu masalah sistem penghadaman adalah 50% punca berbagai penyakit kronik) dan bagi perempuan yang sedang mengandung, insyallah dapat memudahkan melahirkan anak dan mendapat anak yang sihat insyallah...

Aku ada member yang dapat anak cacat...kesian...susah hidupnya seharian...jadinya kita hendaklah berusaha supaya kesihatan diri kita berada dalam keadaan yang baik...
Aku cadangkan amalkan sunnah rasulullah ni...kalau susah nak telan kurma, telan jus kurma lebih mudah...asalkan kita dapat mempraktikkan sunnah rasulullah setiap kali kita makan baca bismillah dan selawat 3 kali insyallah dapat pahala mengikut sunnah dan kesihatan...

Mari kita baca apa rahsia kurma...sebenarnya aku dah post pasal kurma kat posting yang lepas, tak pelah ini ada sedikit tambahan


Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sehbagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara – negara Arab dan mempunyai berbagai – bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh – puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara – negara Arab, kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak. Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.
Kurma bukan sahaja istimewa kerana mampu tumbuh di padang pasir yang gersang, tetapi cara penanamannya juga unik. Pokok jantan akan dikacukan dengan betina yang mempunyai tiga kuntum bunga dan apabila proses berkenaan selesai, hanya sekuntum bunga yang hidup dan mengeluarkan benih kurma.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Ia amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat – zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Jus Kurma D’Warisan ini dihasilkan adalah untuk menggalakan masyarakat dalam usaha membudayakan amalan pemakanan kurma sebagai amalan pemakanan harian. Misi kami juga adalah ke arah melahirkan generasi insan yang sihat hati dan jasad (Rohani dan Jasmani). Khasiat kurma telah dibuktikan secara saintifik mampu membantu perkembangan minda anak – anak dan juga mampu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu bagi memudahkan masyarakat untuk menyediakan amalan pemakanan kurma sebagai amalan harian maka terhasillah Jus Kurma D’Warisan yang mana ianya amat mudah untuk diamalkan. Hanya satu sudu pagi dan petang sahaja. Bagi melengkapkan dan menambah khasiatnya maka ianya digabungkan dengan khasiat madu, habbatus sauda dan minyak zaitun serta beberapa herba terpilih.
dari ibu mengandung , bayi, kanak – kanak, orang dewasa hinggalah kepada warga emas. Oleh itu ia adalah pilihan tepat bagi ibu bapa yang mahu melihat anak –anak mereka sihat, cerdik, pintar dan atas keberktan buah kurma yang disyorkan oleh Rasulullah s.a.w., insyallah dapat membantu untuk membentuk peribadi serta akhlak yang baik pada anak – anak kita.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia (kesukaran untuk tidur). Bagi mereka yang menghidapi masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal – gatal dalam kerongkong sekaligus menghilangkan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak, kerana telah terbukti di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas besalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau lemah selepas bersalin.
Firman Allah :-
Maksud : “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.”
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri – isteri kamu yang hamil dan barangsiapa yang memakan buah tamartersebut semasa hamilnya, maka anak – anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”
Berdasarkan pada ayat – ayat Al-Quran dan hadis, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan; hasil kajiannyamenunjukan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat – urat rahim pada bulan – bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia, menunjukan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal – sengal badan, lesu dan barah usus besar, menggalakan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan pembuangan air besar. Di samping itu ia membantu menambahkan tenaga seksual dan juga sebagai pencuci mulut yang ringkas.
Khasiat pengamalan Jus Kurma D’Warisan
1.Meningkatkan daya kecerdasan minda terutamanya kepada kanak – kanak.
2.Melancarkan peredaran darah.
3.Membantu mengatasi masalah berkaitan pernafasan terutama lelah.
4.Kaya dengan vitamin – vitamin yang diperlukan dalam badan.
5.Baik untuk wanita yang sukar mengandung dan juga yang sedang mengandung.
6.Membantu mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
7.Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh (sistem imun) bagi melawan penyakit.
8.Mengurangkan masalah keletihan.
9.Sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Isi kandungan
Pati Kurma
Madu
Habbatus Sauda (Nigella Sativa)
Minyak Zaitun
Pati daun sireh serta herba – herba terpilih.
Nota : Tidak mengandungi bahan pewarna dan perasa tiruan (aku harap betullah..)

Koleksi Petua Mengandung


gambar hiasan...

(Post ini akan aku update bila aku terbaca petua2 baru, akan aku kongsikan bersama anda...insyallah...)

Bila kita tengok tabiat2 tersebut lebih kepada golongan pertengahan dan golongan berada....perempuan2 yang tergolong dalam golongan ini lebih terdedah dengan kehidupan moden, makanan segera dan tidur yang tak menentu...kebanyakan mereka tak bangun solat subuh / lambat bangun subuh / tidur lepas subuh ...sebab buat apa nak bangun awal2...orang gaji boleh buat segala kerja rumah...tempat kerja pun dekat, ataupun tak perlu nak susah2 masak waktu pagi...Makan plak selalu kat luar, yang banyak letak MSG, dan sedap....makan kat luar selalunya lebih mahal dari masak...hanya golongan berada saja boleh selalu makan kat luar...

Seiring dengan peningkatan taraf hidup, lebih ramai wanita yang berkerjaya dan mampu utk makan di luar daripada pergi pasar dan beli barang dapur dan masak di rumah...memang leceh..tapi lebih baik dari aspek khasiat, kebersihan, ditanggung halal, kenalah rajin...

Sedikit petua untuk mengandung

MAKANAN Yang Dielakkan...

Minuman Bergas
Kopi, Teh Tarik
Makanan Junk Food - banyak MSG boleh tengok kat label...selalunya makanan seperti kerepek2 twisties, pringles, maggi...macam2 lagi la...
Segala bentuk asam2 jeruk kering seperti asam boi..dan jeruk basah macam2 warna diawetkan warna kuning dan merah, jeruk mangga, jeruk buah2 masam
Makanan nugget, burger, hotdog
Makanan jambu batu dengan asam

TABIAT yang patut dielakkan

Tidur lepas subuh
Duduk terlalu lama, kena banyak buat streching/renggangan dan bergerak
posture duduk yang tak betul..kena duduk tegak
tidur membelakangkan suami
Tidur lepas asar
Stress yang tidak terkawal
Kurang/Tidak baca Al Quran
Kurang/Tidak solat wajib
Kurang/Tidaksolat dhuha (pembuka rezeki)
Kurang/Tidak solat hajad (bangun tengah malam dalam pukul 3-4 pagi tuk solat)
Kurang/Tidak puasa sunat
Masa period, tuala yang digunakan agak lama, (lebih dari 2 jam) mungkin terkena jangkitan kuman
Banyak kena radiasi daripada komputer, handphone, mesin photostat dan lain2 (tidak begitu penting)



Banyakkan beramal...bersedekah...
Banyakkan solat2 sunat dhuha, hajad, tahajud
Banyakkan puasa sunat
Banyakkan zikir
Banyakkan layan suami dari aspek layanan seks, makanan, mengurut dsb
Banykkan berkata dengan kata-kata yang baik...buat baik dengan orang lain....jangan suka menyakiti orang lain atau suka menyusahkan orang lain
Konsisten makan herba turun temurun..kacip fatimah, manjakani, mas cotek, serapat dll
Konsisten makan sunnah rasulullah seperti kurma, madu, susu kambing, habbatussauda terutama pada waktu pagi
Kenalah cari orang yang pandai mengurut bagi membetulkan kedudukan rahim, selalunya orang2 tak ada kat salon2..kena pandai tanya orang kat mana...insyallah jumpa, mereka selalu tak minta bayaran yang mahal...sekadar ikhlas, bila ikhlas mengurut, hasilnya insyaallah berkesan...
Amalkan cara perubatan rasulullah dengan berbekam seluruh badan setiap bulan...terutama pada setiap 17, 19, 21 bulan Islam...mungkin ada ketumbuhan, cyst, saluran tersumbat yang boleh disembuhkan dengan membuang darah2 kotor yang melekat di dinding rahim

Ada sedikit petua orang2 dahulu...



Ada lagi petua - tokeikedai
Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.

Jangan cepat merajuk
Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
Jangan suka mengata atau mengumpat
Banyakkan berzikir tak kira masa,
Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :

Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.

Ada lagi petua dari snowman
11 petua untuk isteri anda mengandung dengan lebih cepat..
1. 30 - 60 minit sebelum main, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku (garam dalam asli)

2. Setelah habis main, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 - 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang-renang ketepian terus kehujung fallopian tube dengan lajunya.

3. Jangan sekali-kali cuci faraj selepas main

4. Lakukan projek main sentiasa pantang sentuh sekerap mungkin

5. Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 ) sekurangnya 6 round marathon = kencang sehhh...hehehehhehe

6. Sebelum pancutan airmani, batang hendaklah betul-betul tegang dan masukkan batang sedalam mungkin pasak sedalam-dalamnya dan pancutlah airmani dengan laju.

7. Lakukan seks dengan gaya dan teknik 'deep penetration' antaranya ialah teknik dari belakang (doggy) bukan Liwat, dimana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan batang dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat kearahnya. Teknik ini sangat sesuai jika mendapat suami yang mempunyai batang kontot, apa nak buat dah jodoh dan anda tiada pilihan jadi terima sahaja kekurangan suami anda ini.

8. Menggunakan Teknik Tok Janggut, diasaskan dari cerita Musang Berjanggut yang mana teknik ini perlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan batang yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.

9. Menggunakan Teknik Che Siti Wan Kembang, teknik berasal dari Kuala Krai Kelantan ini terbukti berkesan dengan jumlah statistik dapat anak yang ramai dari wanita belah sini yang mana ia sama konsep dengan Teknik lapik bantal dibawah punggung perempuan. Teknik Puteri Saadong dan lain-lain gaya yang difikirkan batang dapat menusuk terus rapat ke hujung rahim. "..Kebanyakan skill ini ada dah semulajadi kat awek Kelantan dan anda tak perlu susah nak cerita banyak pada mereka sebab semuanya tersedia pakej lengkap jika isteri anda orang Kelantan…"

10. Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain yang sesuai pasal esok bini nak kerja, nak iron baju lagi, kemas rumah dan macam-macam hal nak buat jadi berpada-pada esok masih ada.

11. Selepas pancutan airmani, kekalkan batang kedalam faraj beberapa ketika, walaupun dah lembik dah takpa biar lemas didalam batang tu tunggulah sehingga batang kecut sepenuhnya tak bermaya lagi nak main atau sehingga faraj mengecut kembali.

Ada lagi petua guna kacang hijau saja
Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian


Wanita Mandul Sebab Jin


Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.

Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.

Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.

Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:

1. Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.

2. Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.

3. Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.

4. Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra’: 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali lagi, Allah telah menentukan penawar dan kesembuhan bagi mereka yang beriman. Banyak orang yang menghadapi masalah seperti ini dirawat menurut kaedah yang dijelaskan dan sembuh dengan izin Allah.

Jelasnya perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir seperti yang dijelaskan, di samping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:

1. Akibat sihir.

2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:

1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.

2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.

Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit

1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.

3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.

Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.

Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.

Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

Wallahualam

Kelebihan Puasa dari Sudut Sain Kesihatan dan Kecantikan



Aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang kelebihan berpuasa dari sudut sains...sebenarnya dah lama aku tahu puasa ni dapat meningkatkan kesihatan kita, tapi aku tak berapa ambil kisah untuk mengkaji dengan lebih terperinci....

Hinggalah pada satu masa aku dengar kisah hidup kawan aku seorang lelaki yang mengalami masalah sperma yang tidak matang....kirannya dia ni mandul la...Doktor bagi dia makan ubat tapi dia kata ubat tu mahal...dia tak mampu...jadinya dia pun berfikir bagaimana nak selesaikan masalah dia ni...dia teringat tentang kelebihan puasa dapat meningkatkan stamina tubuh...jadi dia pun berpuasalah sebelum dia "bersama" dengan isteri. Maksudnya siang dia puasa, malam tu dia bersama la...

Akhirnya dia berjaya mendapat 2 anak sehingga sekarang...Aku tanya, "Kalau kau nak dapat anak lagi, kau kenalah puasa dulu ek?" Pastu dia jawap dengan senyuman "yelah...hihihihi"

Tapi sebenarnya member semua...bukan senang nak puasa ni sunat ni...banyak godaan beb...terutama orang cam aku ni selera makan tinggi sebab aku banyak makan makanan tambahan..hihihihi.....sehinggalah aku cuti seminggu...berat aku bertambah...aku dah jadi gabra sikit la....kikiki....mendengar cerita pasal kawan aku tentang kelebihan berpuasa aku pun berpuasalah sunat Isnin...bukan senang beb aku nak puasa sunat Isnin, Khamis ni....kerja aku banyak guna tenaga, jalan sana sini, rasa tekak haus dan penat tu pergh...Allah saja yang mengetahuinya...tapi aku gagahkan diri gak berpuasa Isnin...malam tu aku jadi pening ...sebab aku ni ada gak la migraine..

Tapi besoknya...fuh! rasa bertenaga! aku tidur 4 jam tapi dapat buat macam2, masak lepas solat subuh, pastu pergi keja, aku rasa macam ringan nak berlari...hihihihi...aku nak puasa lagi kerana Allah....

Mari kita sama-sama tambah ilmu sains tentang kelebihan berpuasa...insyallah

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.


Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

2. Dr. Yuri Nikolayev -Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib
Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Khasiat Saffron bila campur dengan Air Bacaan Al Quran



Air bacaan Al Quran, dapat menyembuhkan pelbagai penyakit ....Al Quran itu adalah mukjizat, banyak produk-produk air Al Quran banyak dicampur dengan Za'faran apa sebenar nya khasiat Za'faran ni? mari kita baca

Khasiat Za’faran & Saffron
Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari peubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Dapat membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.Za'faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za'faran adalah:

Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Penenang diri
Perangsang tenaga batin & banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan kelopak daun yang berwarna unggu.

Adalah sangat menarik diketahui , hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.

Saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal didunia. Saffron mengandungi khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian sains membuktikan bahawa saffron berpotensi digunakan sebagai salah satu elemen penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Saffron bukan sahaja dapat mencerahkan kulit sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah dan sihat, Saffron adalah jawapannya.

Bagi ibu-ibu mengandung , Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

KELEBIHAN SAFFRON


Pencerna makanan
Perangsang perut
Antiflatulence
Perangsang Tenaga Batin
Pelali untuk Penyakit Asli
Bahan Penenang
Bagus Untuk Tidur
Menguatkan Ingatan
Baik Untuk Tumpuan Perhatian
Anti-Convulsion
Anti-Spasm
Anti-Alzheimer
Anti-Parkinson
Mengawal Darah Tinggi dan Kolestrol
Baik untuk Rawatan Penyakit Anemia
Mengurangkan risiko untuk Serangan Jantung
Menguatkan Dinding Arteri dan Heart Flourishin
Anti Lelah
Baik untuk rawatan Batuk dan Selsema
Pengaliran darah dapat ditingkatkan pada retina mata
Baik untuk rawatan ketidakstabilan didalam retina yang disebabkan penuaan
Baik untuk Gejala Retinopathy Ischematis
Baik untuk merawat bengkak dan rheumatic sebagai ubatan luar
Baik untuk merawat dysentery
Demam Campak
Hepatitis
Splenomegaly
Salur pundi kencing yang berkuman

KHASIAT SAFFRON


Proses Penghadaman
Menghilangkan Bau Mulut
Pencernaan
Asma
Sembelit
Sakit Perut
Keletihan
Selsema
Sakit Sendi
Menguatkan Ingatan
Tidur yang nyenyak
Penyakit Saraf
Selera Makan
Melancarkan Darah

KESESUAIAN FARMASIUTIKAL


Seperti lain-lain rempah , Saffron juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden dari segi kegunaannya didalam ubatan tradisional dan herba. Kini Saffron juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Saffron adalah bahan penting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi didalam industri Farmasiutikal


Nak nampak cantik dan menarik depan suami?

Daptkan payudara menawan dan cerahkan kulit dengan selamat dan bekesan selama seminggu. Set automatic breast pum, sabun dan pil herba dapat membantu PM Feredea Power

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...